Mat Sabu lawat ladang ayam telur di India

Iklan
Mat Sabu meninjau sebuah pusat ladang ayam telur di Tamil Nadu baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu, berlepas ke Namakkal, Tamil Nadu, India, hujung minggu lalu bagi melihat sendiri proses pengeluaran telur ayam yang dieksport ke Malaysia.

Memetik laporan Harapan Daily, lawatan itu juga bagi memastikan telur yang diimport untuk rakyat Malaysia adalah bersih, selamat dan lebih murah dari telur tempatan.

Iklan
Iklan

Mohamad menghabiskan masa selama dua jam di ladang pengeluaran dan pusat pengumpulan telur untuk pasaran Malaysia.

"Setelah melihat sendiri, saya yakin telur ini selamat dan melalui proses dalam persekitaran yang bersih untuk dimakan oleh rakyat Malaysia," katanya.

Iklan

Ladang pengeluaran telur di Namakkal itu terletak lapan jam perjalanan darat dari lapangan terbang Chennai, Tamil Nadu, selatan India.

Sementara itu, melalui klip video yang dihantar, Mohamad turut melawat pusat pengumpulan telur sebelum ia dihantar ke Malaysia, Maldives, Qatar, Oman dan beberapa negara lain lagi.

Iklan

Mohamad menjelaskan selepas mendapati telur berkenaan selamat dan bersih serta dapat diterima rakyat, maka telur berkenaan akan diimport menggunakan kapal laut.

Katanya, disediakan kontena pendingin hawa bagi memastikan kualiti telur tidak jatuh sepanjang perjalanan.

"Harganya diyakini akan lebih rendah selepas ini dan kompetitif dengan harga telur tempatan. Saya berpuas hati dengan kebersihan dan kualiti telur yang dihasilkan di ladang ini.

"Dengan usaha ini saya berharap orang ramai tidak akan ada masalah dengan bekalan telur lagi terutama sekali di musim perayaan," katanya.

Mulai 15 Disember lalu, telur yang diimport dari Namakkal, India di bawa masuk ke Malaysia melalui penghantaran percubaan.

Langkah itu bertujuan menyelesaikan masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran yang dibawa dengan kargo udara menyebabkan harganya lebih mahal kerana kos pengangkutannya.