Anwar Ibrahim bertemu Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman

Iklan
Anwar (kiri) bertemu Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan semalam. Foto: Twitter Anwar

BANDAR SERI BEGAWAN - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah bagi membincangkan pendekatan untuk mengukuhkan kerjasama antara dua negara.

Anwar berkata, pertemua itu juga bagi memahami perkembangan terkini antara kedua negara selain usaha meningkatkan mutu pendidikan antara Malaysia dan Brunei.

Iklan
Iklan

"Hari ini mengadap Sultan Brunei, Darussalam Sultan Hassanal Bolkiah selama satu jam di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.

Anwar Ibrahim (dua dari kanan) bertemu Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah (tengah) di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan semalam. Foto: Twitter Anwar

"Baginda dan saya menyentuh usaha meningkatkan kerjasama dua negara sahabat, dan menyatakan keperluan memahami perkembangan terkini kedua-dua negara.

Iklan

"Usaha dan upaya meningkatkan mutu pendidikan juga turut diketengah dan dibincangkan,” katanya menerusi akaun Twitter beliau semalam.

5 Mac lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut bertemu Sultan Hassanal dan kedua-dua pihak berpuas hati dengan kerjasama antara Petronas dan PetroleumBrunei.

Iklan