KOTA BHARU - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang berlangsung pada Rabu hingga Sabtu ini perlu dijadikan sebagai medan untuk memperkasakan parti selepas pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, setiap perwakilan perlu menggunakan kesempatan dengan melontarkan idea-idea ke arah memperkasakan parti.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, UMNO Kelantan tidak membawa sebarang usul pada PAU kali ini.
Sinar Harian 6 Disember lalu melaporkan, PAU yang dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 24 Disember ditunda kepada 11 hingga 14 Januari ini.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas majoriti Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.