[VIDEO] Bekas penyelia ladang tak mengaku pedagang 5 beranak

Iklan
Jayaseelan tiba di mahkamah.

SEREMBAN - Seorang bekas penyelia ladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini pada Selasa atas pertuduhan memperdagangkan lima beranak sebagai buruh paksa di sebuah ladang di Jempol antara tahun 2008 hingga 2021.

Tertuduh, L Jayaseelan, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Tamil.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh telah memperdagangkan S Veerasamy, 47 dan isteri A K Rajeswarii, 40, serta dua anak V Shasikala, 20, V Anbarasi, 23 dan menantu P Aridasan, 31 bagi maksud eksploitasi sebagai buruh paksa ladang untuk menyelesaikan hutang.

Kesalahan itu dilakukan antara tahun 2008 hingga 17 November 2021 di Ladang Bukit Tinggi, Rompin di Jempol.

Iklan

Peguam M Gobinathan merayu supaya anak guamnya diberi jaminan rendah atas alasan dia tidak lagi bekerja sejak lima tahun lalu selain mengalami masalah kesihatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi.

Iklan

Pada prosiding tersebut, Pegawai Penyiasat, Inspektor Salwati Abdullah memberitahu yang kesemua mangsa kini ditempatkan di rumah perlindungan berasingan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Mahkamah menetapkan jaminan RM25,000 bagi kesemua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sekali setiap bulan di balai polis berhampiran, tidak menganggu mangsa dan mana-mana saksi pendakwaan serta tidak terbabit dengan mana-mana kegiatan jenayah sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes 13 Februari ini.