PUCHONG - Seorang wanita berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa berada di bawah kenderaan yang dipandunya dalam kejadian berhampiran Puchong Hartamas, di sini Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian video tular di media sosial, reptilia itu dilihat masuk menerusi but kereta tersebut ketika berada di salah satu persimpangan lampu isyarat di kawasan tersebut.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, pemandu kereta tersebut tidak menyedari kehadiran ular tersebut sehingga dimaklumkan salah seorang pengguna jalan raya yang melihat kejadian.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 5.34 petang.
Katanya, anggota bomba kemudian menjalankan kerja mengeluar ular sawa tersebut menggunakan penjerut ular.
"Ular yang ditangkap kemudiannya dilepaskan di kawasan yang selamat.
"Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada pemandu kereta tersebut," katanya.