KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri Pahang akan terus diperkukuh demi kelangsungan serta kesejahteraan rakyat negeri itu.
Anwar dalam hantaran di laman Facebook rasminya pada Selasa memaklumkan beliau menerima kunjungan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan delegasi kerajaan negeri Pahang di Putrajaya pagi tadi.
"Pertemuan tersebut menyentuh perihal aspek pembangunan serta kemajuan dan kemakmuran negeri Pahang.
"Insya-ALLAH, kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri Pahang akan terus dipererat demi kelangsungan dan kesejahteraan rakyat Pahang khususnya," katanya. - Bernama