Suspek utama kes letupan disambung reman tujuh hari

Iklan
Pada 4 Januari lalu, media melaporkan pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan berkaitan kejadian letupan itu.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri disambung reman tujuh hari bagi membantu siasatan kes letupan yang mengorbankan seorang pelayan sebuah restoran di Pandan Indah, Ampang, pada 29 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek berusia 30 dan 33 itu disambung reman sehingga 17 Januari ini.

Iklan
Iklan

"Pasangan itu, diwakili oleh peguam yang juga Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada 4 Januari lalu, media melaporkan pasangan suami isteri direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kejadian letupan itu.

Iklan

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilaporkan berkata, kedua-dua suspek itu diberkas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Serbuan dijalankan kira-kira jam 7.20 petang di sebuah taman perumahan, Serdang, Kedah.

Iklan

Polis turut menemui barangan dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan termasuk mercun bola, alat pemateri, peralatan elektrik, dan beberapa bilah pemotong kertas.