Sebar gambar aib bekas teman wanita

Iklan
Perintah tahanan reman ke atas suspek dilanjutkan dua hari lagi.

KUALA TERENGGANU - Perintah tahanan reman terhadap seorang lelaki yang disyaki mengugut akan menyebarkan gambar aib bekas kekasihnya dilaman sosial apabila gadis itu enggan memberi sejumlah wang diminta dilanjutkan dua hari lagi.

Sebelum ini, suspek berusia 22 tahun direman empat hari sejak Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret/Sesyen, Wan Aziantie Wan Ab Karim@Isa membenarkan lanjutan tahanan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan.

Sumber berkata, ugutan terhadap mangsa berusia 20 tahun dari bandar raya ini bermula pada 8 April tahun lalu, apabila suspek menghantar mesej menerusi aplikasi WeChat meminta bekas kekasihnya itu memasukkan wang RM100 ke dalam akaun banknya.

Iklan

Katanya, dalam mesej sama, suspek turut mengugut untuk menyebarkan gambar aib mangsa dan melakukan seks dengannya jika permintaannya itu tidak diendahkan.

"Selepas mangsa tidak melayani permintaan suspek, lelaki itu sekali lagi menghantar mesej meminta wang dan ugutan sama pada 10 April 2018, namun mangsa masih tidak mengendahkannya.

Iklan

Sumber berkata, selepas hampir setahun, suspek sekali lagi menghantar mesej menggunakan medium laman sosial Instagram untuk meminta wang RM300 daripada mangsa pada 26 Mac lalu.

"Suspek masih membuat ugutan akan menyebarkan gambar aib mangsa di laman sosial. Mangsa kemudian menghantar pesanan kepada bekas kekasihnya itu menerusi Facebook bertanya mengapa suspek masih menganggunya sehingga kini.

"Mangsa juga sudah beberapa kali memaklumkan kepada suspek akan membuat laporan polis terhadap ugutan diterimanya, namun ia tidak diendahkan suspek yang masih terus menganggunya," katanya.

Bimbang dengan ancaman dan ugutan daripada suspek, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut dan suspek berjaya dicekup sebelum dikenakan tahanan reman untuk siasatan kes.