Amaran ribut petir dan hujan lebat bagi beberapa tempat di tujuh negeri sehingga jam 5 petang pada Selasa. Foto hiasan
MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
10 Jan 2023 3:08 pm
SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat bagi beberapa tempat di tujuh negeri sehingga jam 5 petang pada Selasa.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 1.30 petang, ia dijangka melanda Perak (Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
Iklan
Iklan
Di Pahang, kawasan yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera sementara bagi Terengganu hanya Setiu.
Amaran berkenaan turut membabitkan beberapa kawasan di Selangor iaitu, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat serta Hulu Langat.
Iklan
Turut dijangka berlaku adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol di Negeri Sembilan dan Putrajaya.
Dalam pada itu, ribut petir dan hujan lebat dilaporkan akan melanda di Sabah membabitkan Pedalaman (Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).