PAU 2022: Perjelas hala tuju parti, bagaimana hadapi PRN

Iklan
Mustafa

SEREMBAN - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 diharap dapat menjadi titik penentu kepada hala tuju parti itu termasuk soal bagaimana untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Mustafa Salim berkata, ramai ahli parti yang masih keliru mengenainya dan mahu penjelasan daripada kepimpinan parti terutama soal masa depan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH).

Iklan
Iklan

"Sehingga kini, kita masih dalam keadaan kekeliruan. Kita hendak tahu apa hala tuju sebenar parti dan untuk di Negeri Sembilan kita hendak tahu apa kedudukan UMNO dalam menghadapi PRN nanti.

"Terutamanya soal pembahagian kerusi, kita tidak jelas dan jadi tanda soal tentang kedudukan kerusi UMNO dan BN sedangkan pada bila-bila masa PRN akan diadakan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Menurut Mustafa, mereka bukan lagi mengharapkan sesuatu yang luar biasa tetapi hanya mahu memastikan kelangsungan perjuangan parti terus terpelihara dan kekal relevan pada masa hadapan.

Katanya, UMNO perlu bangkit semula dan yang penting terus membawa agenda memperjuangkan bangsa, agama dan negara.

Iklan

"PAU adalah masa terbaik untuk anggota parti dari semua peringkat menanam tekad mengangkat kembali perjuangan yang dilaungkan selama ini," katanya.