MEALAKA - Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 perlu dijadikan medan memberikan pandangan serta saranan yang boleh membina semula kekuatan parti itu selepas mengalami kekalahan tidak terduga pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, apa yang lebih penting, perhimpunan kali ini menjadi medium penyatuan semula untuk memperkukuhkan institusi presiden.