PUTRAJAYA - Pintu kaca lobi Hospital Putrajaya yang pecah Isnin lepas akibat dilanggar seorang lelaki yang melarikan diri selepas cubaannya untuk mencuri motosikal disedari orang awam, masih lagi belum dibaiki.
"Buat masa ini pintu tersebut masih belum dibaiki dan ia mungkin akan mengambil sedikit masa,” kata jurucakap Hospital Putrajaya kepada Bernama.