JOHOR BAHRU - Seorang pengarah syarikat direman empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kerana disyaki menjadi proksi kepada pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini bagi mendapatkan projek bernilai lebih RM1 juta.
Perintah reman dikeluarkan Majistret R Salini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan di Mahkamah Majistret Johor Bahru.