Shopee gantung khidmat ‘rider’ lempar kata berunsur seksual

Iklan

SHAH ALAM - Syarikat platform e-dagang terkemuka, Shopee telah menggantung perkhidmatan seorang penghantar makanan susulan penularan klip videonya melemparkan kata-kata berunsur gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, tindakan tatatertib itu dibuat bagi mengelakkan kejadian tersebut daripada berulang.

Iklan
Iklan

"Sebarang tingkah laku buruk adalah bertentangan dengan dasar syarikat kami dan tidak boleh diterima.

"Kami telah mengambil tindakan tatatertib segera untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang, termasuk menggantung perkhidmatannya,” katanya.

Iklan

Video yang tular semenjak Isnin itu memaparkan penghantar makanan berkenaan mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada wanita tersebut ketika sedang menyarung seragam Shopee.

Penghantar makanan itu juga turut mencabar supaya tindakannya itu dilaporkan kepada polis.

Iklan

Ia menimbulkan rasa tidak puas hati teman lelaki wanita itu, lalu rakaman tersebut dimuat naik di media sosial.

Sementara itu, Shopee turut menambah, pihaknya sedang berhubung dengan pasangan tersebut bagi permohonan maaf atas pengalaman buruk itu.

"Kami juga ingin mengambil kesempatan mengingatkan kepada semua staf tentang kod kelakuan dan tindakan serius yang mungkin berlaku jika mereka gagal mematuhi piawaian perkhidmatan yang kami harapkan,” jelasnya.