Pesawat Turkish Airlines patah balik ke Uganda akibat burung

Iklan
Pesawat Turkish Airlines - Gambar hiasan

KAMPALA - Sebuah pesawat Turkish Airlines yang dijadual berlepas ke Istanbul, Turkiye terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe Uganda pada pagi Selasa selepas ia terlanggar kawanan burung ketika berlepas.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Uganda (UCAA) iaitu pengawal selia pengangkutan udara negara itu memaklumkan penerbangan TK606 berlegar di ruang udara Uganda selama lebih sejam, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

"Sebagai langkah berjaga-jaga, pesawat itu berlegar di ruang udara Uganda sebelum mendarat dengan selamat di Entebbe pada 08.52 pagi (waktu tempatan).

"Pesawat itu kemudian menjalani pemeriksaan keselamatan sebelum meneruskan penerbangan," menurut badan penerbangan itu dalam satu kenyataan ringkas. - Bernama

Iklan

Iklan