Piala AFF: Thailand dahului Malaysia 1-0

Iklan
Teerasil meledak gol pertama buat Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF mengatasi Malaysia 1-0 dalam babak pertama perlawanan di Bangkok pada Selasa. Foto Agensi

THAILAND bermula baik pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF 2022 apabila mendahului Malaysia 1-0 pada babak pertama dalam saingan di Stadium Thammasat sebentar tadi.

Jaringan penyerang pasukan tuan rumah, Teerasil Dangda pada minit ke-19 memadam kelebihan bekalan satu jaringan yang dibawa skuad Harimau Malaya dari Bukit Jalil Sabtu lalu.

Iklan
Iklan

Menerusi jaringan itu meletakkan kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat.

Sebaik wisel ditiupkan skuad Gajah Perang pantas mengasak ke kubu Malaysia bagi memburu gol semangat.

Iklan

Malaysia yang turut menyusun gerak bagi menambah jaringan gagal menemui sasaran dengan Thailand ampuh bertahan.

Gol yang dicari Thailand akhirnya berjaya ditemui apabila tandukan Teerasil menggegar gawang Malaysia.

Iklan

Skuad negara berpeluang menyamakan kedudukan, namun sepakan percuma pemain tengah, Mukhairi Ajmal ditangkap kemas penjaga gol Thailand menuju penghujung babak pertama.

Pengendali skuad negara, Kim Pan Gon melakukan empat pertukaran pemain bagi mempamerkan aksi berbeza di laman lawan.

Pemain pertahanan, Azam Azmi yang bebas daripada penggantungan dua perlawanan kembali beraksi bagi menggantikan Quentin Cheng, manakala Fazly Mazlan mengisi posisi Ruventhiran di benteng kiri.

Nor Hakim Hassan dan Mukhairi yang tidak beraksi di Bukit Jalil Sabtu lalu diturunkan bagi menggantikan kapten, Safawi Rasid dan Lee Tuck.

Malaysia membawa bekalan satu jaringan menerusi ledakan Faisal Halim.