ECRL tidak akan sebabkan gempa bumi

Iklan
Shahir Adnan

KOTA BHARU - Rakyat negara ini tidak perlu risau terhadap pandangan 'fault zone' dan kemungkinan gempa bumi yang dikaitkan dengan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Seorang geosains, Shahir Adnan berkata, terdapat juga pendapat bahawa laluan baharu lebih baik kerana tidak melalui sasaran atau fault zone, khususnya Bukit Tinggi Fault.

Iklan
Iklan

Menurutnya, untuk pengetahuan rakyat Malaysia, laluan baharu ECRL akan melalui Lebir Fault, Lepar Fault, Bentong Fault, Kuala Lumpur Fault, dan terbaru adalah Putrajaya-Seremban Fault.

Oleh itu, Shahir juga Ketua Pemuda Ikatan Malaysia (Ikatan) berkata, perbahasan struktur Bukit Tinggi Fault tidak boleh diguna pakai kerana laluan baharu akan melalui tambahan Putrajaya-Seremban Fault.

Iklan

"Sebenarnya, rakyat Malaysia tidak perlu risau dengan pandangan fault zone dan gempa bumi berkaitan pembinaan ECRL.

"Pandangan professional ini berasaskan fakta, bukan emosi atau omong-omong kosong.

Iklan

"Gempa bumi hanya berlaku apabila fault zone diaktifkan disebabkan oleh tenaga dalam bumi yang dilepaskan. ECRL tidak akan mengaktifkan fault zone ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menjelaskan keputusan kerajaan menjajarkan semula projek ECRL adalah atas alasan memberi keutamaan kepada faktor kebudayaan, warisan dan alam sekitar.

ARTIKEL BERKAITAN: Usaha sama ECRL, firma China tak timbul ancaman keselamatan

Dalam pada itu, Shahir juga berkata, pertukaran laluan ECRL turut menyentuh isu geologi yang menjadi modal dibahaskan penyokong PH dan juga barisan pembangkang di negara ini.

Katanya, antara perkara yang hebat diperkatakan adalah"Quartz Ridge” ataupun Jajaran Kuarza terkenal dengan nama Klang Gate Ridge, terletak di antara Gombak ke Ampang, dengan saiz 16 kilometer (km) panjang dan 200 meter lebar.

"Quartz ini merupakan mineral berbentuk kristal yang terdapat di dalam batuan. Laluan asal ECRL sepatutnya menghubungkan Bentong ke Gombak melalui Klang Gate Ridge ini.

"Sebenarnya, laluan asal tersebut tidak akan menghancurkan struktur 16km ini kerana pembinaan terowong dilakukan dengan saiz yang minima untuk laluan tren sahaja,” katanya.

Katanya, ancaman sebenar kepada Klang Gate Ridge adalah pembinaan perumahan di sepanjang Gombak ke Ampang yang kian menghakis struktur geologi tersebut di atas permukaan bumi.

Pemuda Ikatan itu juga beranggapan bahawa laluan baharu ECRL ini adalah satu langkah politik, bukanlah satu keputusan yang berteraskan faktor geologi dan alam sekitar seperti dicanangkan.