KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan dua kompaun terhadap dua individu dalam Operasi Jejak 'Kutu Sampah' Sampai Dapat selepas dikesan membuang sampah di tempat awam dekat sekitar Taman Seri Andalas di sini.
MPK dalam satu kenyataan memaklumkan perbuatan tidak bertanggungjawab individu terbabit dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Seri Damak 17, Taman Seri Andalas.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, pasukan MPK telah menjalankan intipan di lokasi CCTV bagi mengesan kegiatan pembuangan sampah secara haram di lokasi terbabit
"Sepanjang operasi dijalankan, pasukan telah mengeluarkan dua kompaun kepada individu-individu yang membuang sampah di lokasi tersebut,” kata MPK menerusi Facebooknya pada malam Selasa.
MPK menjelaskan kompaun dikeluarkan atas kesalahan Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 kerana membuang sampah-Sampah (Domestik) di tempat awam.