Mungkin gajah tunggal - Perhilitan

Iklan
Video tular memaparkan seekor gajah yang merosakkan tingkap dapur sebuah di ladang di Aring, Gua Musang Ahad lalu.

KOTA BHARU - [KEMAS KINI] Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan sudah menyiasat kejadian seekor gajah yang merosakkan tingkap dapur sebuah rumah di ladang di Aring, Gua Musang.

Pengarahnya, Mohamad Hafid Rohani berkata, sebaik menerima laporan itu, pegawainya terus bertindak pergi ke lokasi tetapi haiwan berkenaan sudah masuk semula ke hutan.

Iklan
Iklan

"Kemungkinan juga ia gajah tunggal yang keluar mencari makanan," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai video seekor gajah liar bergading bertindak merosakkan dan memecahkan tingkap kaca bahagian dapur rumah yang dihuni tiga pekerja ladang kira-kira jam 4 pagi Ahad.

Iklan

Video berdurasi 40 saat itu memaparkan gajah berkenaan turut merosakkan beberapa barangan di dapur dan penghuni terbabit berusaha menghalang haiwan itu.

Mohamad Hafid turut memberi contoh kitaran hidup gajah yang akan kembali semula ke hutan iaitu lokasi asal haiwan itu mencari makanan.

Iklan

Beliau memberitahu, jabatan itu mencadangkan pengadu memasang lampu LED biru di kawasan kuaters selain pemasangan Sistem Pagar Elektrik Gajah (SPEG) di sepanjang kawasan ladang serta kuaters pekerja.

"Jika konflik gangguan gajah berlaku sehingga mengancam keselamatan pekerja ladang, kita cadangkan tangkap pindah dilakukan," katanya.