KUALA LUMPUR - Sebanyak lima lot kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh di sini pada Rabu.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam satu kenyataan berkata, dua buah jentera, tangki air, dan 21 anggota serta pegawai dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jinjang dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1 petang.