Dua lelaki maut, kenderaan bertembung

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa dari kenderaan terlibat dalam kemalangan tersebut. - Foto JBPM

RAUB - Dua lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kilometer (KM) 362 Jalan Kuala Lumpur ke Kota Bharu (Jalan Raub-Bentong) di sini pada Selasa.

Kejadian pada jam 6.12 petang itu melibatkan kereta jenis Perodua Viva dan kenderaan pelbagai guna, Mitsubishi Xpander.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman memberitahu, kedua-dua mangsa iaitu pemandu Viva berusia 29 tahun dan penumpang kereta berusia 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, hasil siasatan awal (berdasarkan rakaman kamera papan pemuka Mitsubishi Xpander) mendapati kemalangan berlaku apabila Viva dari arah Bentong telah terbabas masuk ke laluan bertentangan.

Iklan

"Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertugas dan dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, kemalangan itu turut menyebabkan dua cedera iaitu seorang lelaki dan wanita dari MPV terbabit.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.