Harga petrol, diesel kekal

Iklan
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 12 hingga 18 Januari ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 12 hingga 18 Januari ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan RON97 kekal pada paras RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

Iklan
Iklan

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter walaupun harga runcit bagi kedua-dua produk itu meningkat melebihi paras harga siling semasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu harga runcit mingguan ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Iklan

"Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. - Bernama

Iklan