SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri sehingga jam 9 malam Rabu.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5.40 petang memaklumkan, kejadian itu dijangka berlaku di negeri Perak iaitu di Kinta, Kampar dan Batang Padang serta Kelantan (Gua Musang).
Iklan
Iklan
Menurutnya, amaran tersebut juga melibatkan kawasan di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).
Dalam pada itu, turut dijangka berlaku ribut petir, hujan lebat dan angin kencang adalah di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).
Kawasan di Johor pula melibatkan Mersing, manakala Sarawak di Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.