Memoir Putera Harry pecah rekod jualan hari pertama

Iklan
Penerbit memoir kontroversi itu mendakwa sebanyak 400,000 salinan dalam bentuk buku berkulit keras, e-buku dan format audio telah dijual. - Foto Agensi

LONDON - Memoir kontroversi Putera Harry yang mendedahkan kepincangan dalam keluarga diraja Britain menjadi buku bukan fiksyen yang merekodkan jualan terpantas di negara itu, menurut penerbitnya pada Selasa.

Buku berjudul Spare itu telah mendapat perhatian di seluruh dunia selepas Duke of Sussex itu membongkar kisah tentang ayahandanya, Raja Charles III, bonda tirinya, Camilla dan hubungan tegang bersama abangnya, Putera William.

Iklan
Iklan

"Kami tahu buku ini pasti dapat sambutan, namun tidak menyangka ia melepasi jangkaan awal," kata Pengarah Urusan Transworld Penguin Random House, Larry Finlay sambil menambah rekod sebelum ini dipegang novel Harry Potter.

Spare turut menceritakan kehidupan Harry bersama isterinya, Meghan Markle setelah pasangan itu melepaskan keistimewaan diraja pada 2020 dan berpindah ke California, Amerika Syarikat (AS). - Agensi

Iklan
Iklan