Sekatan perjalanan terhadap adik-beradik Rajapaksa

Iklan
Mahinda (kiri) dan Gotabaya Rajapaksa yang digulingkan oleh siri protes pada tahun lalu. - Foto Agensi

OTTAWA - Kanada mengeluarkan larangan perjalanan terhadap adik-beradik Rajapaksa kerana pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan ketika perang saudara melanda Sri Lanka.

Ketika insiden itu, Mahinda memegang tampuk pemerintahan di Colombo ketika kempen ketenteraan dilancarkan terhadap gerakan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada 2009 manakala Gotabaya menerajui Kementerian Pertahanan.

Iklan
Iklan

"Ottawa mengambil tindakan tegas terhadap pelanggar undang-undang antarabangsa," kata Menteri Luar, Melanie Joly sambil menambah dua anggota tentera juga dikenakan sekatan sama.

Susulan itu, Kementerian Luar Sri Landa telah memanggil pemangku Duta Kanada untuk menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap larangan perjalanan tersebut.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, adik-beradik Rajapaksa berkenaan menolak desakan antarabangsa untuk menyiasat jenayah perang pada masa itu.