KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kehilangan undi Melayu, dan tiadanya undi bukan Melayu, adalah resipi kematian UMNO.
Menurutnya, dengan pendirian yang UMNO ambil, dalam menyokong penubuhan Kerajaan Perpaduan, mungkin akan membuka ruang, untuk masyarakat bukan Melayu, membina semula keyakinan kepada UMNO, bahawa UMNO adalah parti yang rasional.