SHAH ALAM - Seramai 140 ketua UMNO bahagian di seluruh negara dijangka mengadakan satu sidang akhbar di Grand Ballroom Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi sidang akhbar kira-kira jam 9.30 malam tadi mendapati satu pertemuan tertutup sedang berlangsung membabitkan ketua-ketua UMNO bahagian yang hadir.
Iklan
Iklan
Antaranya Ketua UMNO Bahagian Gombak merangkap Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Pemangku Ketua UMNO Pasir Salak, Khairul Azwan Harun; Ketua UMNO Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah; Ketua UMNO Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri dan Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.
Sebahagian pengamal media sudah hadir di hotel ini sejak jam 9 malam bagi membuat liputan sidang akhbar yang dijangka berlangsung jam 10 malam.
Setakat ini wakil media yang hadir masih belum mengetahui inti pati dan tujuan sidang media itu diadakan.