50 individu diiktiraf Nona Superwoman Award 2022

Iklan
Nur Fazura memenangi anugerah Nona Hijab Business Award. - Foto RAFEQ REDZUAN

KUALA LUMPUR - Seramai 50 individu dari pelbagai bidang menerima 48 kategori anugerah dalam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2022 pada Rabu.

Antara penerima anugerah tersebut ialah Toh Puan Ragad Kurdi Taib menerima anugerah Nona VIP Award dan Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima anugerah Nona Celebrity Business Award.

Iklan
Iklan
Toh Puan Ragad Kurdi Taib (tengah) menerima anugerah Nona VIP Award. - Foto RAFEQ REDZUAN

Selain itu, Che Puan Juliana Evans memenangi anugerah Nona Beauty Award; Datuk Leong Mun Yee (Nona Active Award); Dr Malar Santhi Santherasegapan (Nona Health Influencer Award); Ustazah Asma' Harun (Nona Motivator Award), Nur Fazura (Nona Hijab Business Award) dan Tengku Norhanim Tengku Othman (Nona Best Crispy Chocotub Brand Award).

Johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62, Sofizah Mousin menerima anugerah Nona Outstanding Achievement Award.

Iklan

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Suriani Ahmad.

Ustazah Asma' (tengah) memenangi anugerah Nona Motivator Award. - Foto RAFEQ REDZUAN

Anugerah Nona Superwoman Award yang diadakan sejak 2018 itu diteruskan buat kali ketiga pada tahun ini sebagai kesinambungan kejayaan lalu bagi mengiktiraf wanita yang banyak berjasa dan cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2022.

Iklan