Penyertaan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan rencana ALLAH

Iklan
Asyraf Wajdi ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan penyertaan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia sebagai aturan dan rencana daripada ALLAH SWT.

Beliau berkata, UMNO pada awalnya pasrah dan bersedia untuk berada di blok pembangkang bagi meneruskan agenda semak dan imbang.

Iklan
Iklan

Malah katanya, parti juga sedia untuk menerima hakikat Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang masing-masing mempunyai 82 dan 73 kerusi bergabung membentuk kerajaan baharu.

"Namun, setelah empat hari negara buntu dalam mencari penyelesaian, atas prinsip ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’, keputusan pahit harus ditelan, pedih terpaksa ditahan untuk kita bersama sama membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia bagi memenuhi aspirasi citra baharu Malaysia.

Iklan

"Pendirian tersebut bukan sahaja diambil bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan kestabilan buat negara dan rakyat, tetapi turut mengambil kira kepentingan UMNO sebagai parti yang sentiasa mendakap konsep perkongsian kuasa dengan pelbagai kaum namun tetap tegas mempertahankan sifat keindukan Melayu-Islam dan bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini pada Khamis.

Iklan

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, ahli parti seharusnya bersyukur kerana ALLAH SWT masih memberi peluang kedua kepada parti untuk kembali menjadi sebahagian dalam kerajaan.

"Siapa sangka kita masih mampu menjadi sebahagian daripada Kerajaan hari ini? Siapa sangka dalam keadaan kita tewas, kita berupaya menjadi sebahagian daripada kerajaan,” katanya.

Tambahnya, angka 30 iaitu jumlah ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu juga turut disifatkan sebagai ‘perfect numbers’.

"Angka 30 bagaikan ‘perfect numbers’ untuk membentuk gabungan baharu dengan seteru lama yang punya 82 kerusi, sekali gus menubuhkan Kerajaan Perpaduan Malaysia dengan 112 majoriti mudah,” katanya.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!