[VIDEO] Isu sogokan wang: Pemuda UMNO desak SPR bertindak

Iklan
Asyraf Wajdi ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Khamis. - Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mendesak agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera mengambil tindakan terhadap semua petisyen pilihan raya yang dikemukakan mengenai salah laku sogokan wang yang membuktikan amalan merasuah pengundi dengan menggunakan nama ALLAH SWT.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bukti salah laku itu juga jelas dilihat melalui sebuah rakaman video yang tular sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Pemuda UMNO juga mengucapkan syabas kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mula mengambil tindakan menangkap suspek yang terlibat dalam kes penyelewengan RM92.5 bilion pakej rangsangan, yang diluluskan dalam tempoh darurat. Khabarnya, lebih ramai lagi yang akan ditahan dan diambil tindakan.

"Ini mengesahkan lagi kesangsian kita selama ini bahawa kemungkinan berbilion-bilion duit rakyat disakau melalui projek-projek rundingan terus yang diluluskan dalam tempoh darurat kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu.

Iklan

"Barangkali mungkin sebab itu jugalah ada parti yang selama ini bersandiwara dengan mengutip duit syiling untuk memasang bendera, kini boleh berkempen dengan berbelanja mewah sehingga ratusan ringgit dibayar kepada pengundi luar dan mahasiswa,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Khamis.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau turut mencadangkan supaya semua pemimpin-pemimpin UMNO yang telah dibebaskan oleh mahkamah agar bersepakat menyaman bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang terbukti berniat jahat hanya untuk memalukan dan merosakkan reputasi parti dengan pendakwaan politik terpilih.

Iklan

"Biar menjadi pengajaran bahawa Melayu-UMNO ini bangsa yang tidak pernah tunduk kepada ugutan, tidak mengemis belas kasihan, tidak melutut kepada kezaliman!” katanya.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!