Limau Bali

Iklan
Peniaga buah-buahan Rizal Sofian, 46, (kanan) melayan pelanggan yang membeli buah Limau Bali di Lebuh Pasar Seremban, ketika tinjauan persiapan Tahun Baharu Cina.

Beliau yang memperoleh bekalan dari peraih di Jementah, Segamat, Johor, iaitu selang dua hari sebanyak 200 biji sebelum menjualnya mengikut saiz dengan harga RM5, RM10 dan RM 20 dan RM30. Setiap kali Tahun Baharu Cina, Limau Bali menjadi pilihan utama masyarakat Cina kerana buah itu dianggap simbol murah rezeki.

Masyarakat Cina akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina pada 22 Januari depan dalam kalendar zodiak cina iaituTahun Arnab.