PAU 2022: Ahmad Zahid bersedia untuk reset UMNO

Iklan
Ahmad Zahid (tengah) ketika hadir bagi mendengar sesi perbahasan usul dari perwakilan-perwakilan wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedia untuk melakukan reset bagi mengelakkan wujud kabilah berbeza dalam parti itu.

Pengerusi BN itu berkata, beliau menyantuni perbezaan pendapat terutama dalam kalangan mereka yang berminat untuk bersama-sama dengan kepimpinan atau melakukan reset kepada parti itu.

Iklan
Iklan

"Yang penting reset ini boleh kita lakukan bersama-sama dan tidak penting bagi kita melayani perbezaan-perbezaan yang akhirnya mewujudkan kabilah-kabilah yang berbeza.

"Saya mempunyai pendirian dan berkeyakinan adalah lebih baik kita bersama-sama untuk melakukan perubahan secara drastik (jika ada) dengan segera," katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Khamis.

Iklan

Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu poster yang tular di media sosial sejak Rabu yang memaparkan lapan pemimpin UMNO kononnya sebagai kumpulan yang bakal mencabar kepimpinan beliau pada pemilihan parti nanti.

Poster tersebut menamakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Ghani sebagai calon Presiden UMNO diikuti Timbalan Ketua UMNO Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan presiden.

Iklan

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, ekoran itu beliau akan menggariskan hala tuju baharu UMNO yang menjadi tulang belakang kepada BN nanti.

Katanya, hala tuju itu akan diumumkan dalam ucapan dasar beliau sempena PAU 2022 pada Jumaat.

"Ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), Pilihan Raya Umum (PRU) dan lain-lain gerakan massa yang harus mendapat semula dokongan akar umbi dan mereka yang tidak berparti supaya kita dapat sama-sama memahami dan akhirnya mendokong serta menyokong UMNO dan BN," ujarnya.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!