Guardian Malaysia gabungkan selebriti, 20 pemenang dalam satu percutian

Iklan
Percutian bersama selebriti meninggalkan kenangan paling bermakna buat pemenang.
GUARDIAN Malaysia baru-baru ini memberi peluang kepada 20 pemenang menginap di The Chateau Spa and Organic Wellnes Resort, Berjaya Hills, Pahang sambil ditemani lima selebriti popular iaitu Sazzy Falak, Atita Haris, Tash Yong, Jorise Lee dan Elecher Lee.

Percutian dan penginapan dua hari satu malam yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia turut disertai dua ikon popular YouTube iaitu Nisha Ezzati dan Aisyah Habshee.

Pengurus Jenama Kesihatan dan Kecantikan Guardian Malaysia dan Brunei, Michelle Yeap Hoon Li berkata, Guardian selaku pusat rangkaian kesihatan peribadi dan peruncit kecantikan menganjurkan percutian itu bagi mendedahkan pemenang berhubung penjagaan kesihatan terutama ketika berhadapan dengan sebarang tekanan.

Iklan
Iklan

"Diakui tanggungjawab wanita sekarang lebih besar. Ini berdasarkan kajian di universiti-universiti di negara ini yang menunjukkan kemasukan pelajar wanita lebih ramai sejak tahun 2015 dan penguasaan kaum itu juga terlalu besar dalam sektor awam mahupun swasta.

"Ekoran itu, kita wujudkan program Guardian Women Empowerment Balance For Better bagi mengukuhkan kedudukan wanita dalam mengimbangi kerjaya dan juga masa lapang," katanya.

Iklan

Bagi memenangi percutian tersebut, pengikut laman sosial Guardian Malaysia perlu memberi komen mengapa mereka bersungguh-sungguh untuk memenangi pakej percutian yang ditawarkan itu.

Iklan