Pengerusi MBSB meninggal dunia

Iklan
Tan Sri Azlan Zainol

KUALA LUMPUR - Pengerusi Malaysia Building Society Bhd (MBSB), Tan Sri Azlan Zainol meninggal dunia pada Khamis pada usia 72 tahun, menurut satu kenyataan dikeluarkan MBSB.

MBSB berkata, Allahyarham meninggal dunia pada jam 2.40 petang hari ini di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor.

Iklan
Iklan

Azlan menerajui kumpulan itu sejak Mac 2021 dan mempunyai pengalaman perbankan selama lebih 30 tahun dengan latar belakang yang kukuh dalam perakaunan, selain itu Allahyarham juga adalah Pengerusi MBSB Bank Bhd.

"Azlan dikenali dengan gaya kepimpinannya yang tegas dan berorientasikan hasil dan melaksanakan inisiatif yang berjaya di MBSB termasuk Rangka Kerja Kelestarian yang siap sepenuhnya pada suku ketiga 2022," kata kumpulan itu.

Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB, Datuk Nor Azam M Taib berkata, Azlan adalah seorang tokoh yang disegani dalam industri perbankan dan mempunyai kepakaran luas dalam perbankan dan strategi perniagaan.

"Kumpulan MBSB sangat bertuah kerana mendapat bimbingan dan kepimpinan eksekutifnya.

Iklan

"Azlan sentiasa melakukan yang terbaik dan itulah cara Allahyarham membawa perubahan positif kepada kumpulan dan menyelia pembangunan Rangka Kerja Kelestarian kumpulan ini," katanya. - Bernama