Warga emas maut dalam kebakaran rumah

Iklan
Gambar hiasan

PADANG BESAR - Seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian maut dalam kejadian kebakaran di kediamannya di Felcra Lubuk Sireh pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, dalam kejadian lebih kurang 1.20 tengah hari itu, wanita tersebut terperangkap di dalam rumahnya.

Iklan
Iklan

"Setelah kebakaran berjaya dipadamkan oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pada 1.35 tengah hari, mereka menemukan mayat seorang wanita berusia 61 tahun itu di dalam sebuah bilik," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa terbakar hampir 90 peratus dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.

Iklan
Iklan

Katanya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan punca kejadian masih dalam siasatan pihak bomba. - Bernama