PEMAIN tengah skuad kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh, menjadi pemain import pertama diikat Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2023.
Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), dalam kenyataan melalui portal rasminya pada Khamis memaklumkan, pemain berusia 26 tahun itu adalah pemain keempat dipilih menyertai skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu selepas Ahmad Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran dan Mohamad Faisal Abdul Halim.
Iklan
Iklan
Menerusi kenyataan yang sama, Cheng Hoe berkata penambahan Noor yang digelar 'The Engineer' akan memperkuatkan lagi jentera tengah pasukan.
"Kita tahu dalam sebuah pasukan, bahagian tengah sangat penting bagi menggerakkan pasukan, jadi saya yakin beliau ada kualiti untuk beraksi dengan baik bersama pasukan. Saya berharap beliau akan menghasilkan bahagian tengah pasukan yang kuat bersama rakan pasukan yang lain.
"Kita juga tahu Noor dan Yazan (Yazan Al-Arab) merupakan rakan sepasukan bersama pasukan Jordan. Saya yakin dengan kombinasi dua pemain ini mereka mampu membuat pergerakan yang baik dari pertahanan ke bahagian tengah pasukan," katanya.
"Saya dengar perkara baik mengenai pasukan Selangor FC, oleh itu saya pilih untuk berada di sini. Saya juga teruja untuk berjumpa dengan penyokong Gergasi Merah tidak lama lagi. Saya berharap penyokong akan bangga dengan pasukan musim ini," katanya.
Sebelum ini, Noor pernah beraksi dalam saingan Piala AFC selama tiga musim bersama Al Jazeera sejak 2017 dan beliau kemudian menjadi antara nadi utama Al-Muharraq SC yang menjuarai Piala AFC 2021.