Serangan Easter: Bekas Presiden Sri Lanka diarah bayar pampasan

Iklan
Maithripala Sirisena - Foto AFP

ISTANBUL - Mahkamah Tinggi di Sri Lanka mengarahkan bekas Presiden, Maithripala Sirisena untuk membayar pampasan kepada mangsa pengeboman Easter 2019.

Agensi Anadolu melaporkan tujuh hakim mahkamah yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Jayantha Jayasuriya mendapati Sirisena dan pegawai kanan negeri yang lain 'gagal menghalang' pengeboman pada April 2019 walaupun telah menerima laporan risikan sebelum serangan itu.

Iklan
Iklan

Pada Easter Ahad, 21 April 2019, lapan letupan menyasarkan lokasi berbeza di Colombo, ibu negara Sri Lanka dan tempat lain di negara itu, membunuh sekurang-kurangnya 250 orang.

Sirisena dan pegawai lain termasuk bekas ketua polis, ketua perisikan dan setiausaha pertahanan, diarah membayar Rs100 juta (AS$273,334) sebagai ganti rugi kepada mangsa serangan itu, lapor Daily Express.

Iklan
Iklan

Mahkamah memutuskan:"Tabung Wang Mangsa dibuka di Pejabat Pampasan yang mesti merangka skim untuk membayar jumlah wang yang diperintahkan sebagai pampasan secara adil dan saksama kepada mangsa dan keluarga." - Bernama