YBR peruntuk RM800,000 bantu golongan memerlukan

Iklan
Syaiful Rizal (kanan) menyampaikan alat bantuan pendengar kepada penerima, Nurul Husna Ibrahim.

SHAH ALAM- Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan sebanyak RM 800,000 pada 2022 bagi membantu individu yang kurang bernasib baik.

Menurut Pengurus Besarnya, Syaiful Rizal Abdul Ghani, bantuan bagi meningkatkan lagi kualiti kehidupan yang lebih baik terhadap golongan tersebut.

Iklan
Iklan

"Dianggarkan seramai 37,500 individu yang kurang bernasib baik menerima bantuan ini bagi tujuan meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi penerima melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya selepas menyempurnakan majlis pemberian alat bantuan pendengaran kepada orang kurang upaya (OKU) asnaf pada Khamis.

Hadir sama Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Iklan

Syaiful Rizal memaklumkan, bantuan kepada golongan OKU tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif yang terkandung dalam peruntukan kepada Pertubuhan Membantu Pesakit Parah Miskin Malaysia yang berjumlah RM28,600.

Jelasnya, dengan pemberian bantuan itu diharapkan dapat mengurangkan masalah komunikasi harian yang dialami golongan berkenaan.

Iklan

Syaiful Rizal berkata, yayasan tersebut berharap agar pihak lain juga turut bersikap proaktif dalam memberikan perhatian terhadap golongan OKU yang sentiasa memerlukan sokongan bagi menjalani kehidupan lebih baik.

Jelasnya, YBR akan terus berusaha mengenal pasti golongan kurang bernasib baik daripada pelbagai kategori termasuk anak yatim, pesakit yang terlantar dan sebagainya.