Kemasukan pelancong China: Usah beri reaksi keterlaluan

Iklan
Tiong King Sing - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing memohon rakyat Malaysia supaya tidak memberikan reaksi keterlaluan berhubung kemasukan pelancong China ke dalam negara.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa peka mengenai situasi semasa Covid-19 dalam negara, namun ketika ini, masih tiada keperluan untuk mengenakan sekatan, menambah baik prosedur operasi standard (SOP) atau kawalan khas terhadap pelancong China.

Iklan
Iklan

"Saya mohon rakyat jangan keterlaluan. Sekarang kita bukan cakap soal tidak boleh (masuk ke dalam negara) ataupun kita mahu (kenakan) kawalan khas ke atas pelancong China, saya rasa ini tidak adil.

"Jadi, jika mahu ambil tindakan, sepatutnya terhadap Amerika Syarikat. Kadar kematiannya juga sudah cecah 1.08 juta tetapi China kadarnya baru 36,000. Jadi perbandingan dari segi kadar kematian ini sangat rendah (bagi China). Walaupun begitu, kerajaan masih mengawal keselamatan negara, kita pantau (keadaan semasa),” katanya.

Iklan
King Sing ketika hadir pada Sambutan Pencahayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Jalan Petaling pada Khamis. - Foto Bernama

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan pencahayaan Tahun Baharu Cina 2023 di Jalan Petaling di sini pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau meminta rakyat Malaysia untuk terus mengutamakan kesihatan diri di samping menjaga SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19 khususnya apabila sektor pelancongan negara kini sudah mula kembali rancak.

Iklan

Dalam pada itu, King Sing berkata, kementeriannya mempunyai perancangan berbentuk pemasaran digital dan pendekatan secara konvensional bagi mempromosikan sektor pelancongan negara ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, usaha itu akan turut melibatkan agensi pelancongan tempatan bagi membantu menarik lebih ramai pelancong asing ke dalam negara. - Bernama