Perhimpunan agung pertama Pejuanita

Iklan
Che Asmah.

SHAH ALAM - Pejuanita Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang ditubuhkan secara rasmi sejak 7 Februari lalu akan mengadakan perhimpunan agung pertama pada Jumaat bertempat di pejabat parti berkenaan di Putrajaya.

Ketuanya, Datin Che Asmah Ibrahim berkata, penubuhan sayap wanita itu di seluruh negara kecuali Perlis telah mencapai jumlah ahli seramai 15,206 orang.

Iklan
Iklan

"Mewakili Pejuanita Malaysia, saya mengalu-alukan kehadiran semua perwakilan dan pemerhati Pejuanita dari seluruh negara ke Perhimpunan Agung Pejuanita Malaysia,” katanya dalam ciapan di Twitter pada Khamis.

Ujar Che Asmah, perjuangan Pejuanita adalah berpaksikan kepada prinsip membela agama, bangsa dan tanah air.

Iklan
Iklan

"Asas perjuangan untuk kekal berprinsip, tidak terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa serta berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air kekal menjadi tunggak perjuangan,” jelas beliau.