Hormati keputusan Zii Jia

Iklan
Reaksi kecewa Zii Jia selepas tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu lalu. Foto: Bernama

"BAGI ruang dengan apa yang dia pilih." Itu reaksi jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Hendrawan ketika mengulas keputusan bekas anak didiknya, Lee Zii Jia yang mahu terus kekal bergerak secara profesional.

Menurut Hendrawan, semua pihak termasuk peminat badminton Malaysia harus menghormati keputusan yang dibuat pemain nombor dua dunia itu.

Iklan
Iklan

"Biarkan Zii Jia pilih apa yang terbaik. Bagi ruang dengan apa yang dia pilih kerana dia sudah memikirkan itu yang terbaik buat dirinya.

"Kita tidak perlu untuk menentangnya, dia harus mengerti perkara ini betul-betul," kata Hendrawan selepas ditanya adakah Zii Jia membuat keputusan tepat dengan memilih bergerak solo tanpa bantuan jurulatih.

Iklan

Kekalahan mengejut Zii Jia di tangan pemain Jepun, Kodai Naraoka pada pusingan pertama Terbuka Malaysia 2023 Rabu lalu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat berhubung keputusannya itu.

Malah, Zii Jia juga selepas perlawanan tersebut mengakui bahawa dia tetap kekal dengan pendiriannya berjuang di gelanggang tanpa sentuhan seorang jurulatih.

Iklan

"Sejak dari mula lagi saya melihat dia seorang pemain yang tahu apa perlu dibuat. Bagaimanapun, perkara ini ada baik dan buruknya.

"Baik sebab dia kekal dengan pendirian kerana setengah orang akan fikir dulu baik-baik. Dia ada keberanian... hasilnya dia berani ambil risiko," ujar Hendrawan.

Selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Zii Jia mendapat sentuhan jurulatih dari Indonesia, Indra Wijaya sebelum mereka 'berpisah' pada November tahun lalu.