KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan soal pemilihan parti khususnya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.
Beliau berkata, sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi maka urusan tersebut diserahkan kepada perwakilan untuk menentukannya.
"Saya tahu perkara-perkara seperti ini menjadi modal yang terus dimainkan, tambahan pula pemilihan parti semakin hampir termasuklah saya mendengar lontaran-lontaran pandangan yang menyentuh soal pemilihan parti khususnya jawatan utama Presiden dan Timbalan Presiden parti.
"Justeru, sebagai seorang yang yakin kepada proses demokrasi, saya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukannya," demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, pada Jumaat.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menjelaskan yakin ahli-ahli UMNO boleh menilai yang mana satu kaca dan yang mana satu permata.
"Yang mana pepat di luar, rencong di dalam. Bak kata orang muda, yang mana 'ori (asli) yang mana fake (palsu)'," ujarnya.
AKAN MENYUSUL
Ikuti perkembangan semasa mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini!