Syihan Hazmi sah sertai JDT

Iklan
SYIHAN HAZMI

PENJAGA gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi menamatkan teka-teki apabila sah menyertai juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Perkara itu diumumkan JDT menerusi satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Syihan Hazmi mula dikenali selepas aksi hebatnya bersama pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2022 apabila merekodkan tujuh perlawanan tanpa bolos dan hanya melepaskan 26 gol daripada 22 perlawanan.

Kecemerlangan Syihan Hazmi itu membolehkan dia mendapat tempat dalam kesebelasan Harimau Malaya membantu pasukan melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2024 dan muncul sebagai naib juara saingan King’s Cup 2022 di Thailand.

Iklan
Iklan

Malah, penjaga gol berusia 26 tahun itu juga meneruskan prestasi terbaiknya apabila merekodkan tiga keputusan tanpa bolos dalam saingan Piala AFF yang berakhir baru-baru ini.