Selangor arah PBT semak SOP pusat kurungan haiwan

Iklan
Sze Han. Laporan Sinar Harian pada Khamis.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini untuk menyemak dan mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) di pusat kurungan haiwan masing- masing dalam memastikan kebajikan haiwan kurungan dapat dipelihara.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han berkata, semakan SOP itu akan dibentangkan kepada kerajaan negeri agar penambahbaikan dapat dibuat termasuk melihat kepada cadangan ke arah SOP yang lebih seragam serta keperluan naik taraf pusat kurungan dapat dibincangkan.

Iklan
Iklan

Justeru, katanya, kerajaan negeri menjunjung kasih keprihatinan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang melahirkan rasa dukacita terhadap keadaan haiwan di pusat kurungan anjing milik Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) yang tular baru-baru ini.

Sinar Harian pada Khamis lalu melaporkan, PBT di Selangor digesa memperbaiki dan menaik taraf tatacara pengurusan di pusat kurungan anjing dan kucing.

Iklan
Iklan

Tengku Permaisuri Norashikin bertitah PBT perlu meneliti semula pendekatan baharu yang lebih holistik dalam menguruskan pusat kurungan haiwan terbiar.