KUALA TERENGGANU - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) meminta semua penyedia platform media sosial supaya mengambil perhatian dan tindakan sekiranya terdapat aktiviti penyebaran, mempromosi dan penjualan video rakaman di dalam bilik persalinan melalui media sosial.
Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, selain melakukan pemantauan, pengendali platform seperti Facebook, TikTok, dan Twitter juga perlu segera memadam atau menurunkan sebarang video yang memapar, mempromosi atau menjual video rakaman melalui kamera tersembunyi yang dipasang di dalam bilik persalinan.
"Kalau kami (KKD) terima apa-apa maklumat seperti ‘link’ (pautan), kami juga akan sampaikan kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan hantar (pautan) kepada penyedia platform supaya kandungan tersebut boleh dipadam serta-merta.
"Baru semalam kami di kementerian adakan mesyuarat dengan pihak Meta dan TikTok yang antara agendanya adalah bagaimana kita hendak meningkatkan lagi perlindungan untuk semua pengguna media sosial,” katanya selepas melakukan tinjauan mesra di sekitar Kampung Cina di sini pada Jumaat.
Nie Ching berkata, KKD melalui MCMC dan CyberSecurity Malaysia turut sedia bekerjasama dengan pihak polis sekiranya memerlukan bantuan teknikal atau analisis forensik bagi membantu siasatan berhubung perkara tersebut.
Dilapor baru-baru ini, terdapat beberapa rakaman video di bilik persalinan sebuah butik di ibu negara tular di media sosial dengan video rakaman tersebut difahamkan turut dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi serta dipromosi secara meluas di akaun media sosial. - Bernama