CABARAN beregu campuran negara pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 berakhir pada peringkat suku akhir selepas gandingan baharu, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, tewas kepada bekas juara dunia 2021, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada Jumaat.
Bagaimanapun, pasangan negara yang baru sahaja digandingkan sejak dua bulan lalu di bawah jurulatih baharu, Nova Widianto, menampilkan aksi terpuji pada set pertama sebelum akur 19-21 dalam masa 19 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.
Iklan
Iklan
Pengalaman jelas terserah apabila pasangan ranking ketiga dunia dari Thailand itu mengambil masa 17 minit pada set kedua dengan keputusan 21-9 untuk melangkah ke separuh akhir bertemu pilihan ketiga dari Jepun, Yuita Watanabe-Arisa Higashino, esok.
Pasangan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo dari Jepun itu mengesahkan slot separuh akhir dengan menyingkirkan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dari Korea Selatan, 21-17, 21-17.
Bercakap kepada pemberita, Tang Jie-Ee Wei, jelas kecewa dengan penyingkiran di peringkat suku akhir tetapi yakin mereka mampu meningkatkan prestasi untuk mencapai misi layak ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"Kami melakukan banyak kesilapan dan ini memberi lawan ruang untuk menyerang. Kami hampir dalam set pertama, jika kami boleh memenanginya, mungkin keputusan akhir akan berbeza.
Pasangan tersebut akan mengambil pada Terbuka India minggu depan dan Cabaran Antarabangsa Iran, bermula 31 Januari ini. - Bernama