KUALA LUMPUR - UMNO perjelas tindakan parti itu yang tidak menyiarkan secara langsung sesi perbahasan perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) kali ini.
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, tindakan itu dibuat supaya perbahasan lebih terbuka kepada perwakilan untuk berterus-terang dan meluahkan isi hati demi kebaikan parti.
"Kalau perkara ini dibuka terus kepada orang awam, bukan hanya pihak media tetapi parti-parti politik pun tahu juga apa yang kita bincang. Itu adalah salah satu sebab,” katanya ketika sidang akhbar sempena PAU 2022 di sini pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa media tidak diberikan akses untuk mengikuti sesi perbahasan, sebaliknya diberikan video yang telah dipilih untuk media membuat laporan.
Bagaimanapun, Isham menjelaskan, beliau akan ke Laman Media yang disediakan untuk berjumpa dengan wakil media bagi menjawab sebarang persoalan.
"Persidangan kali ini amat penting dan kritikal buat parti. Tapi, tiada dalam undang-undang yang kita hanya akan buat perbahasan ini secara tertutup, cuma kali ini sahaja kerana kita bincang dari hati ke hati.
"Ada antaranya melibatkan strategi parti, jadi kita tak boleh nak buka untuk orang awam,” jelasnya.
Artikel Berkaitan