Pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi atasi kebocoran data

Iklan
Fahmi (tiga dari kanan) beramah mesra dengan kakitangan KKD pada sesi perjumpaan bersama warga KKD Kelantan di Pejabat Jabatan Penyiaran Kelantan, Kota Bharu pada Jumaat.

KOTA BHARU - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan membuat pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) di Parlimen dalam usaha mengekang isu kebocoran data pengguna.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, perkara berkenaan sedang diteliti dengan sebaik mungkin sebelum membawa memorandum tersebut kepada jemaah menteri.

Iklan
Iklan

"Saya berharap perkara berkenaan dapat diselesaikan pada tahun ini. Ini merupakan antara usaha menjaga keselamatan dan mengelak kebocoran data pengguna.

"Cyber Security Malaysia (CSM) akan turut sama memainkan peranan penting kerana memiliki kepakaran dalam bidang forensik digital bagi mengenal pasti masalah keselamatan siber yang dihadapi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas sesi perjumpaan bersama warga KKD Kelantan di Pejabat Jabatan Penyiaran Kelantan di sini pada Jumaat.

Menurut beliau, jika undang-undang itu dapat diperkasakan dan aspek keselamatan dipertingkatkan, banyak masalah kebocoran data dapat diatasi.

Iklan

Ujarnya, pengguna data itu sendiri sama ada syarikat besar atau kecil harus memainkan peranan bagi memastikan keselamatan data rakyat terjamin.

"Data rakyat adalah khazanah negara dan jika ia tidak dijaga maka rosaklah ekonomi dan masa depan individu tersebut.

Iklan

"Ia juga dapat membantu memberi keyakinan kepada ekosistem dan suasana ekonomi digital Malaysia dan menambah pelaburan dan ekonomi negara," katanya.