KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan melaksanakan penguatkuasaan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada 20 dan 21 Januari (sebelum perayaan) serta 24 dan 25 Januari (selepas perayaan) ini.
MOT dalam kenyataan memaklumkan, tujuan utama larangan itu adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran trafik antara kenderaan barangan dengan kenderaan persendirian.