Bahan binaan jatuh: CIDB arah henti kerja pembinaan

Iklan
Sebuah kereta rosak teruk akibat dihempap objek yang terjatuh dari tingkat 56 sebuah menara yang dalam pembinaan.

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengeluarkan notis pemberhentian kerja pembinaan di Jalan Ampang susulan insiden formwork aluminium jatuh menghempap sebuah kenderaan awam pada Jumaat.

CIDB dalam satu kenyataan memaklumkan, notis tersebut dikeluarkan kepada kontraktor utama projek tersebut bagi menjaga keselamatan awam dan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian dan pihak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

"Salah satu panel aluminium tersebut telah jatuh lalu menghempap kenderaan awam yang diletakkan di seberang jalan berhadapan tapak projek,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian.

Iklan

Terdahulu, tular gambar menunjukkan sebuah kenderaan rosak di bahagian bumbung akibat dihempap bahan binaan berkenaan. - Bernama

Iklan